
Ahad, 31 Ogos 2008
Hadis Rasulullah s.a.w.
Ertinya:Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "jika seseorang berkata: "orang ramai (sekarang ini) sudah rosak", maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak diantara mereka itu".
Imam Nawawi r.a ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-shalihin belia memberikan penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacan di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan tujuan merendahkan orang lain dan merasainya dirinya lebih mulia daripada mereka" Maka yang demikian adalah ini adalah HARAM.
Imam Nawawi r.a ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-shalihin belia memberikan penjelasan seperti berikut:
"Larangan semacan di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi dengan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan tujuan merendahkan orang lain dan merasainya dirinya lebih mulia daripada mereka" Maka yang demikian adalah ini adalah HARAM.
Lima Belas Maksiat Yang Menurunkan Bala
Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:"Apabila Umat ku telah membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka,iaitu:
- Apabila harta negara hanya beredar pada orang-orang tertentu.
- Apabila amanah di jadikan suatu sumber keuntungan.
- Zakat di jadikan hutang.
- Suami menurut kehendak isteri.
- Anak derhaka terhadap ibunya
- Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya
- Ia suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
- Suara sudah di tinggikan dalam masjid.
- Yang menjadi ketua satu kaum adalah orang yang terhina diantara mereka.
- Seseorang di muliakan kerana ditakuti kejahatannya.
- Khamar (arak) sudah di minum di merata tempat.
- Kain sutera banyak di pakai (oleh kaum lelaki)
- Para artis di sanjung-sanjung,
- Muzik banyak dimainkan.
- Generasi akhir umat ini melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).
Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi atau pun mereka akan di ubah menjadi makhluk lain.
Sabtu, 30 Ogos 2008
Khamis, 28 Ogos 2008
Daftarlah PMRAM
Persatuan Republik Arab MeSir(PMRAM) adalah satu pertubuhan NGO yang berdaftar di bawah Kerajaan Mesir yang bertujuan untuk menjaga kebajikan para pelajar yang menuntut di Mesir. PMRAM di tubuhkan pada tahun 1930 dan menjadi satu organisasi yang penting dalam mengurus para pelajar di sini. Di Mesir terdapat banyak persatuan seperti Nadi UMNO, JIM dan banyak lagi, tapi semua ini tidak berdaftar di bawah Republik Arab Mesir. Segala urusan dan Program di jalankan oleh PMRAM semoga para pelajar Azhar mahupun Perubatan dapat di jaga dan di ambil berat dari segi perumahan pelajar, pengajian kitab, urusan Visa dan segala yang berkaitan dengan kerajaan Mesir di selesaikan oleh PMRAM.. jadi apa yang susah nya untuk berdaftar dengan PMRAM terutamanya Nadi UMNO.? PMRAM bukan nya PAS bukan nya Keadilan bukannya DAP. Hang datang cini main politik buat hapa?? Wahai Kucu-kucu Pak Lah pi balik lah hang dok cini buat menyemak jah.. PMRAM dah ada dah untuk jaga Pelajar kat cini dengan baik.. Hang ada buat ketat negeri Mesir je..
Untuk Mu Islam Hadhari
Apakah kita faham Islam Hadhari??
Adakah ia satu islam yang sejati?
Yang boleh jamin syurga di akhirat nanti?
Mungkin jawapannya tidak sesekali.
Yang tubuhkan islam Hadhari ini telah pening
Mengharap pahala dari ilahi tapi azab menimpa nanti.
Murtad menjadi-jadi, Masjid-Masjid diroboh lagi.
Lebih Jahat dari Yahudi, Ini satu bukan tuduhan tapi ia diserta bukti.
Kita tengok terengganu sebagai tapak islam hadhari.
Penari Gelek Di Undang menyanyi adakah ini konsep Hadhari?
Pemimpin Hadhari tidak reti, Halal Haram tidak ambil peduli.
Mengaku cucu wali tapi diri sediri tak reti2.
Tudung kepala di buat main-main,termasuk anak isteri sendiri.
Minyak naik melambung tinggi, Rakyat hidup susah hati.
Dia senang hidup menjoli tapi Rakyat merana diri.
Kalau tak reti merintah negeri, pergilah bawa teksi.
Bukan Pangkat yang di cari tapi bila disuruh letak jawatan kenapa tak turun lagi?
Hai pemimpin Islam Hadhari adakah engkau bijak bestari??
Hukum-hukum Allah engkau tak turuti.Nak tunggu bala mari??
Adakah mu fikir mu tidak akan mati?
Apakah engkau nak jawab diakhirat nanti?
Walaupun Pangkat mu sebesar Bumi tapi Allah Maha Besar lagi.
Sedarilah pemimpin Hadhari insafilah diri mu sendiri,
Ketika masih ada peluang lagi,Sebelum nyawa mengundur diri.
Mudah-mudahan Allah buka Hati,Mendapat berkat diakhirat nanti.
(untukmu pemimpin Hadhri Hukum Allah engkau langgari)
Nikmat ALLAH..
Cuba kita renungkan bertapa banyaknya nikmat Allah berikan, Bertapa luasnya rezeki yang dia curahkan untuk hambanya tapi bagaimana pula dengan hambanya, adakah dia bersyukur dengan nikmat ini?? Cuba kita perhati dalam hari-hari nikmat Allah yang kita gunakan, Nasi rezeki dari Allah, kita minum dari air Allah, Kita bernafas dengan Udara Allah, Segala pergerakkan dengan kudrat Allah, kita pijak atas bumi Allah, tapi adakah kita pernah bersyukur dengan nikmat ini??? adakah susah kita untuk kita bersyukur dengan buat perkara yang Allah suruh dan tinggal apa yang Allah larang.? Kita ni dijadikan atas muka bumi ini adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah jadi jangan lah kita kufur dengan nikmat yang tak ternilai buat kita.. Bertaqwalah kepada Allah InsyaALLAH kita akan mendapat keberkatan di Akhirat kelak.
Rabu, 27 Ogos 2008
Peranan Mahasiswa dalam Mentarbiahkan Ummah
Kita Selaku seorang Mahasiswa yang berwawasan dan berpelajaran perlu ada dalam diri kita sifat tanggunjawab bukan untuk diri sendiri tapi untuk semua. Cuba kita renung sejenak tengok masyarakat kita.. Banyak perkara2 telah timbul terutama masaalah dengan kemungkaran dan kemaksiatan. Kita sebagai mahasiswa walaupun bukan aliran agama harus lah membendung masaalah ini. Banyak perkara-perkara maksiat berlaku, tapi masyarakat buat tak tahu nak tunggu bala dari ALLAH, minta jauhlah.. jadi kita selaku mahasiswa yang ada fikiran haruslah bangkit dalam menyelesaikan masaalah ini, nak harap kan kerajaan??? Jauh sekali mereka nak bendung. Maksiat hak mereka buat pun tak boleh nak tanggung ni pula nak selesai masaalah rakyat. Walaupun pelbagai bentuk kerajaan telah lancarkan termasuklah ISLAM HADHARI tapi maksiat menjadi-jadi. Pak Lah sendiri tak reti jaga isteri nak jaga rakyat apa lagi. Apa kita tunggu Qiamat dekat baru kita nak berubah..? Dakwah ni bukan untuk seorang ustaz tapi untuk semua manusia yang mempunyai iman di dada dan mempunyai rasa tanggungjawab..
Langgan:
Catatan (Atom)

