Rabu, 25 Februari 2009

Keutamaan Mencintai Kerana Allah Dan Menganjurkan Sikap Sedemikian

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Ada tujuh macam orang yang
akan dapat diberi naungan oleh Allah dalam naunganNya pada hari tiada naungan
melainkan naunganNya - yakni pada hari kiamat, iaitu:

1) imam - pemimpin atau kepala -
yang adil,

2) pemuda yang lahir - sejak kecil - dalam beribadat kepada Allah Azza wa jalla,

3) seseorang yang hatinya tergantung - sangat mengambil berat - kepada masjid-masjid,

4) dua
orang lelaki yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun demikian pula,

5) seseorang Ielaki yang diajak oleh wanita yang
mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," - ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang Ielaki,

6)seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu -
tidak menunjuk-nunjuk, sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak
mengetahui apa yang dilakukan oleh tangan kanannya .

7) seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehkan airmata dari kedua matanya."

(Muttafaq
'alaih)

Tak Dok Sebab Demo Nok Lawan Kawe

Cuba kita tgk dalam Pemerintahan Pas di Kelantan contohnya. Tok Guru menjadi Quran dan Sunnah sebagai asas dalam mentadbir negeri itu. Ape yg di haram oleh Allah dan di halal InsyaALLAH Tok Guru Akan Laksanakan dgn sedaya yg termampu untuk menjamin kesejahteraan dan tuntutan oleh Agama Islam. Dalam pentadbiran Di bawah pimpinan Tok Guru, sudah bnyak perubahan yg di lakukan seperti Tok Guru mengharam kan judi, dan menarik semua lesen premis yg bergiat di dalam negeri kelantan itu. Dan banyak lagi perubahan yg di lakukan dan keadilan yg di lakukan kpd rakyat negeri itu kpd semua kaum, baik melayu,cina, india dan siam tanpa memilih bulu.

Dan bagi kita sebagai rakyat Melayu yang beragama Islam Khususnye, Cuba beza di antara PAS dan UMNO.? PAS beragama ISLAM dan Membela ISLAM, dan UMNO pun beragama ISLAM dan cuba menhancurkan ISLAM. PAS jgk org MELAYU dan membela MEALYU, UMNO jgk MELAYU dan mengkianati MELAYU. Beza nya jauh sekali kan??

Bagi kita yang beragama islam dan yg berpendidikan, wajib ke atas kita memilih Pemimpin yg beragama islam, yg melaksana kan perintah ALLAH sebagai sumber rujukan tampok pemerintahan.

Jadi tak payah lah Undi UMNO, setiap undian seseorang akan di nilai oleh ALLAH subhanahuwataala di akhirat kelak. Kalau pemimpin yg kita pilih itu melaksana kan Tuntutan ALLAH iaitu amar ma'ruf nahi mungkar , maka kita pun akan mendapat ganjaran pahala dari itu, dan kalau pemimpin itu tidak membuat apa yg di suruh oleh ALLAH maka kita pun akan mendapat ganjaran atas sebab undian tadi.

Justeru itu, dari perbandingan yg jauh ketara maka tak dok sebab demo nok lawan kawe.

Feqh Ibadat

CERAI

Menjatuhkan cerai ada 2 jenis:

  1. Sorih (jelas)
  2. Kinayah (sindiran)
Cerai Sorih (jelas) tiga sebutan:
  1. طلاق (cerai)
  2. فراق (pisah)
  3. سراح (lepas)
Cerai sorih ini tidak di perlukan niat kalau cerai itu di ucapkan dgn kata2 yg jelas.

Cerai kinayah (sindiran) ialah kata2 yg ertinye bnyak makna yg boleh di pakai untuk mencerai isteri dan boleh untuk yg lain, Hal kinayah di perlukan Niat.

Contoh cerai sorih:
  1. aku ceraikan enkau
  2. aku pisahkan enkau
  3. aku lepaskan engkau
Kalau seseorng menyebut ini, maka jatuh lah talak 1 bah kan jatuh talak kalau di ucapkan sebagai nak main2.

Contoh cerai sindiran:
  1. Pulanglah engkau ke rumah ibu mu
  2. tali mu telah saya putus
  3. engkau seperti mayat, jauH2 lah dari saya
perkataan ini banyak erti dan perlu diserta kan niat. kalau suami niat nak menceraikan nye maka tercerai lah, dan kalau tidak niat maka tidak lah jatuh.

Jumaat, 20 Februari 2009

Judi, arak, dadah & pelacuran dalam Negara Islam

Try kita mikir sebentar, perhati kt negara kita. Perdana Menteri gak dok oyak kita ni di Malaysia sebuah negara islam.. Yo lo ko?? was-was kita nak cayo. kita ni sbg org yg mempunyai Pendidikan dan jg ada akal fikiran. Cuba kita nengu sbntr, sbgai selaku umat islam. boleh kah kita ni di gelar sbg negara islam?

Tak masuk akal cikit rabuk deh.? serba mok niko ada di negara kita kalau kita tgk. JUDI,ARAK,PERLACURAN dan ada sebagainya maksiat. Dan pembanterasan nye tidak berkesan dalam membasmi kemungkaran.

Dari faktor itu, Pemimpin hendaklah menjadi contoh kpd rakyat dalam membentuk masyarakat sejahtera.

Kalau kita tgk gak, Pemimpin di Negara kita tidak mahu untuk melaksana kan Hukum Allah sbg undang2 negara, Malah menagung-agungkan pemikiran barat. Hok ni nok payoh nyo bilo palo otok kerajaan yg di sekular kan. Nak ikut cara barat sampai kan Perundangan Islam di ketepikan.

Kita bukan nok tunjuk ke sape2, baik UMNO, PAS atau PKR. Hanya satu je, Laksanakan Hukum ALLAH insyaALLAH negara kita akan selamat dan di kurniakan Berkat oleh ALLAH yg mencipta Alam ini.